Representasi digital Simbol hak cipta

Aksara ini dipetakan dalam Unicode sebagai U+00A9 © COPYRIGHT SIGN.[2] Di Unicode juga terdapat aksara yang serupa iaitu U+24B8 Ⓒ CIRCLED LATIN CAPITAL LETTER C dan U+24D2 ⓒ CIRCLED LATIN SMALL LETTER C.[3]

Kaedah menaip

Oleh sebab simbol © tidak terdapat pada mesin taip atau ASCII, sudah lama menjadi kebiasaan untuk meniru simbol ini dengan watak (c) (c dalam tanda kurung), suatu amalan yang diterima oleh Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat di bawah Akta-Akta Hak Cipta A.S. tahun 1909[4] dan 1976[5][6]. Perisian pemprosesan kata dengan ciri-ciri pembetulan automatik dapat mengecam dan menukarkan urutan tiga aksara ini secara automatik menjadi satu simbol hak cipta.

Pada sistem komputer moden, simbol © yang rasmi dapat dihasilkan dengan menggunakan mana-mana kaedah yang berikut:

Rujukan

WikiPedia: Simbol hak cipta http://copyright.gov/history/comp/compendium-one.p... http://copyright.gov/history/comp/compendium-two.p... https://www.google.com/books/edition/New_Perspecti... https://www.groovypost.com/howto/type-special-char... https://www.pcworld.com/article/3046116/how-to-get... https://www.copyright.gov/comp3/ https://help.gnome.org/users/gnome-help/stable/tip... https://www.unicode.org/charts/PDF/U0080.pdf https://www.unicode.org/charts/PDF/U2460.pdf https://www.macworld.co.uk/how-to/mac/mac-keyboard...